Skip to main content

Posts

Selepas 3 tahun kemudian....

After 3 years later in 2016, nothing change, I'm just still be me

Walaupun masih diri yang sama tapi sebenarnya banyak perkara disekeliling sudah berubah Nak cerita tapi masih juga mencari timing yang cun untuk diceritakan di blog yang serius dah lama tak datang jenguk ni, last post tahun 2013 uolssss heheheh

Setelah 3 tahun kemudian baru teringin nak datang jengah dan taip apa yang rasa nak taip sekarang ni Banyak nak cerita sebenarnya, satu  drama ke satu drama yang amat memualkan Kadang-kadang tertanya pada diri sendiri "Sampai bila zira?" 

Tengah final year di Sarawak, rasa sekejap je 3 tahun dah berlalu, teringat dulu masa mula-mula datang Sarawak, sanggup weyhh minta Sarawak dalam UPU demi nak sambung belajar, jauh pon jauh lah, alaaa Sarawak tu dalam Malaysia juga, apa yang nak dikalut sangat weyhh, best apa setiap kali cuti sem kau naik flight pergi dan balik muehhehe

Oklah malas nak taip panjang-panjang, sebab aku belum dalam mood nak cerita sepenuhnya, lagipon…
Recent posts

Menjadi Pelajar Universiti akhirnya

hai hai hai semua, lamanya saya tak updated kan, maklumlah sibuk memanjang sejak dah sah jadi pelajar Universiti ni kekekekeke, excited nyahhh oiiiiii sebab akhirnya impian 5 tahun dulu dah tercapai, itu sebablah umur dah 23 baru dapat sambung Degree maaaa, orang lain umur 23 tahun dah grade pon ada T^T

Nak cerita flashback jap sikit-sikit, kang cerita banyak-banyak bukan korang nak baca :P

Lepas SPM, result bukan hebat mana pon tapi dalam UPU semua bubuh Asasi ok, kursus Diploma tak ada satu pon dalam piihan, muahahaha, dan yang paling poyo siap tick kat kotak 'saya tidak mahu menerima apa-apa tawaran selain pilihan diatas (lebih kurang macam tulah ayatnya...)'jawapnya memang tak dapat tawaran apa-apa lah sebab semua pilihan tak mengukur tahap kemampuan diri, dahlah dengan rayuan pon tak buat, cisss terasa diri sangat ngok ketika itu :P


Lepas dah tak dapat tawaran UPU sambung pula belajar dengan ambil Form 6, ni pon kira lawak gak sebab 2 tahun jadi pelajar Form 6, siap pergi…

Pindah rumah

walaweyhhhh lama benar rasanya tak mengupdate blog sekarang ni hiwhiwhiw :P

memandangkan sebelum bulan 10 ini dah kena pindah ke Johor Bahru, maka oleh itu saya sekeluarga sekarang ini tengah sibuk mengangkut barang, mengemas rumah, menyusun sana sini dan buang mana yang tak perlu disimpan lagi

penat wooo angkut barang turun naik tangga dari tingkat 2 ke parking lot, kemudian angkut lagi barang dari dalam kereta masuk ke rumah di Johor Bahru tu, setiap minggu saya sekeluarga jadi The Hulk angkut itu ini, perabot-perabot yang berat macam almari kesayangan ayah, rak buku kesayangan ayah dan meja kesayangan ayah dah angkut awal-awal guna lori (ayah saya punya barang lagi banyak dari mama saya T^T), tinggal barang kecil-kecil je yang akan diangkut untuk setiap minggu dengan hanya menggunakan kereta sahaja




hati banyak lah senang apabila bilik saya bersama adik saya dicatkan dengan warna kegemaran saya. Warna Biru tu!!! arghh pengsannnnn. Walaupun adik saya minat warna merah jampu tapi dia…

1 bulan 1 minggu lagi tinggal

ada lagi 1 bulan 1 minggu tinggal. Haiyooo banyak penatlah mahu tunggu, Cepatlah masa berlalu, penat dah ni tunggu, tak sabar dah ni, stress dah ni, macam-macam dalam kepala otak dah fikir ni, huwaaa!!! tarak sabar dah ni, dahlah dengan persedian kekentalan dari segi mental dan fizikal yang masih agak kurang mantap lagi ni. Nak buat doodle pon jadi tak senang, haihh penantian-penantian...



bila mahu baca arrr? sampul plastik pon ada yang tak buka lagi arrrrr, tengok Anime banyak masa arrrrr.......zzzzzzzzzz


menambah koleksi anak, yang sedia ada pon tak terbaca, hah siapa suruh jual murah? marilah mari, kita kumpul buku, nanti dah kawin, suami boleh tolong susun hahahahaha :3







Marilah mari, pergi mengundi lalalalala

Saya sudah tunaikan Kewajiban saya sebagai rakyat Malaysia dengan mengundi
suka sukinya hati bila tahu dakwat kekal tersebut bewarna biru,
setiap masa hendak tengok jari telunjuk kiri tanpa jemu
yeah! warna kegemaran! oh biru ku sayang! ^_^



niat hati nak tunjuk satu jari jer (jari telunjuk kiri yang dicalit dakwat) tapi takutlah pula nanti ada orang salah nampak itu jari mencarut, yelah mana tahu ada yang rabun tegar disini kan, nanti tak pasal-pasal cakap saya tunjuk tanda mencarut, itu sebab tunjuk semua jari sahajalah, kekekekeke macam diva pula rasa :P




p/s:beberapa hari ni nampak gaya tak dapatlah menggunakan jari telunjuk kiri untuk menggali lubang hidung seperti biasa, sangat-sangat jangkal dan lain pula rasa, muheheheh :P







Assalammualaikum semua

blog baru! eh url blog barulah! url blog lama dah kena blacklist :( oh terima kasih lah yer kepada siapa punya link yang penuh dengan Encik Malware tu sampai url blog lama saya dah kena blacklist dengan  Mr Google yang sangat-sangat strict macam GPK HEM tu, ini disebabkan  oleh kehadiran malware-malware yang entah datang dan wujud dari mana  di blog lama saya itu...perghh serius geram ni sampai sekarang ;(



Encik Kesayangan cakap kalau dah buat url baru ni nampak gaya,  ini bermakna cerita baru dan juga buku baru, urm...ye lah tu kot...


mood nak lukis doodle macam dah hilang sebab kalau dalam di dalam blog lama tu sudah banyak jenis doodle saya lukis dan upload, dan yang tersangat sedihnya semua doodle tu tiada di dalam simpanan Encik Netbook saya ini............


nanti kalau mood saya datang saya lukis doodle lagi ya I Love Doodling so much bak kata omputih hihihi ^_^