Skip to main content

Pindah rumah




walaweyhhhh lama benar rasanya tak mengupdate blog sekarang ni hiwhiwhiw :P


memandangkan sebelum bulan 10 ini dah kena pindah ke Johor Bahru, maka oleh itu saya sekeluarga sekarang ini tengah sibuk mengangkut barang, mengemas rumah, menyusun sana sini dan buang mana yang tak perlu disimpan lagi


penat wooo angkut barang turun naik tangga dari tingkat 2 ke parking lot, kemudian angkut lagi barang dari dalam kereta masuk ke rumah di Johor Bahru tu, setiap minggu saya sekeluarga jadi The Hulk angkut itu ini, perabot-perabot yang berat macam almari kesayangan ayah, rak buku kesayangan ayah dan meja kesayangan ayah dah angkut awal-awal guna lori (ayah saya punya barang lagi banyak dari mama saya T^T), tinggal barang kecil-kecil je yang akan diangkut untuk setiap minggu dengan hanya menggunakan kereta sahaja



 


hati banyak lah senang apabila bilik saya bersama adik saya dicatkan dengan warna kegemaran saya. Warna Biru tu!!! arghh pengsannnnn. Walaupun adik saya minat warna merah jampu tapi dia mengalah juga dengan saya dan redha bilik itu dicatkan dengan warna biru, alaaaa lagipun buat apa sibuk-sibuk nak cat bilik itu dengan warna kesayangan dia tu sebab bukan lama pun dia akan duduk dengan mama dan ayah, tak lama lagi dia pon dah nak menetap di Kuantan bersama yang halal, akak dia ni turn lambat lagi maka kenalah mengalah dengan akak yer adik ku sayang :P


sudah hampir 12 tahun menetap di Pasir Gudang, Selamat tinggal Pasir Gudang untuk baki lagi 2 bulan T^T





Comments

Carl Lesmana said…
kak jiyah dah lama carl duk cari2 blog akak , ghindu nak baca story akak .

#ni blog baru akak ek ? sbb carl try bukak yang dulu dah x boleh da. lain kali jangan lupa bagitaw carl eh .. berzaman cari blog akak taw , geram tengok akak punya doodle yang kiut miut :)
jiyahsibulat said…
huhuhu link url blog dulu dah kena blog dengan En. Google sebab banyak link spam yang entah dari mana, tu yang terpaksa buat url baru huhuh, blog lama tapi tukar url sahaja, sorry dear, wahh terharu betul bila tahu ada juga yang minat kat doodle2 kita yang comot tu, terima kasih sangat-sangat ya awak sebab sudi singgah melawat ke blog kita :D
dilisyes said…
Hai!

Comelnya blog ni. Hihi, baru nak start blogging. Dah follow awak, dan selamat berkawan!

Popular posts from this blog

Menjadi Pelajar Universiti akhirnya

hai hai hai semua, lamanya saya tak updated kan, maklumlah sibuk memanjang sejak dah sah jadi pelajar Universiti ni kekekekeke, excited nyahhh oiiiiii sebab akhirnya impian 5 tahun dulu dah tercapai, itu sebablah umur dah 23 baru dapat sambung Degree maaaa, orang lain umur 23 tahun dah grade pon ada T^T

Nak cerita flashback jap sikit-sikit, kang cerita banyak-banyak bukan korang nak baca :P

Lepas SPM, result bukan hebat mana pon tapi dalam UPU semua bubuh Asasi ok, kursus Diploma tak ada satu pon dalam piihan, muahahaha, dan yang paling poyo siap tick kat kotak 'saya tidak mahu menerima apa-apa tawaran selain pilihan diatas (lebih kurang macam tulah ayatnya...)'jawapnya memang tak dapat tawaran apa-apa lah sebab semua pilihan tak mengukur tahap kemampuan diri, dahlah dengan rayuan pon tak buat, cisss terasa diri sangat ngok ketika itu :P


Lepas dah tak dapat tawaran UPU sambung pula belajar dengan ambil Form 6, ni pon kira lawak gak sebab 2 tahun jadi pelajar Form 6, siap pergi…

Selepas 3 tahun kemudian....

After 3 years later in 2016, nothing change, I'm just still be me

Walaupun masih diri yang sama tapi sebenarnya banyak perkara disekeliling sudah berubah Nak cerita tapi masih juga mencari timing yang cun untuk diceritakan di blog yang serius dah lama tak datang jenguk ni, last post tahun 2013 uolssss heheheh

Setelah 3 tahun kemudian baru teringin nak datang jengah dan taip apa yang rasa nak taip sekarang ni Banyak nak cerita sebenarnya, satu  drama ke satu drama yang amat memualkan Kadang-kadang tertanya pada diri sendiri "Sampai bila zira?" 

Tengah final year di Sarawak, rasa sekejap je 3 tahun dah berlalu, teringat dulu masa mula-mula datang Sarawak, sanggup weyhh minta Sarawak dalam UPU demi nak sambung belajar, jauh pon jauh lah, alaaa Sarawak tu dalam Malaysia juga, apa yang nak dikalut sangat weyhh, best apa setiap kali cuti sem kau naik flight pergi dan balik muehhehe

Oklah malas nak taip panjang-panjang, sebab aku belum dalam mood nak cerita sepenuhnya, lagipon…