Skip to main content

Menjadi Pelajar Universiti akhirnya





hai hai hai semua, lamanya saya tak updated kan, maklumlah sibuk memanjang sejak dah sah jadi pelajar Universiti ni kekekekeke, excited nyahhh oiiiiii sebab akhirnya impian 5 tahun dulu dah tercapai, itu sebablah umur dah 23 baru dapat sambung Degree maaaa, orang lain umur 23 tahun dah grade pon ada T^T


Nak cerita flashback jap sikit-sikit, kang cerita banyak-banyak bukan korang nak baca :P


Lepas SPM, result bukan hebat mana pon tapi dalam UPU semua bubuh Asasi ok, kursus Diploma tak ada satu pon dalam piihan, muahahaha, dan yang paling poyo siap tick kat kotak 'saya tidak mahu menerima apa-apa tawaran selain pilihan diatas (lebih kurang macam tulah ayatnya...)' jawapnya memang tak dapat tawaran apa-apa lah sebab semua pilihan tak mengukur tahap kemampuan diri, dahlah dengan rayuan pon tak buat, cisss terasa diri sangat ngok ketika itu :P



Lepas dah tak dapat tawaran UPU sambung pula belajar dengan ambil Form 6, ni pon kira lawak gak sebab 2 tahun jadi pelajar Form 6, siap pergi tuisyen untuk subjek ekonomi tapi tetap tak faham nak buat pengiraan, arghh benci benar subjek mengira ni dan 2 tahun juga macam blur dalam kelas, hasilnya result keluar pon tak memuaskan, kawan-kawan sama Form 6 kebanyakkan semua dapat masuk Universiti, ketika itu saya sedih sangat-sangat, takut dengan masa depan sendiri bila lihat apa yang telah terjadi T^T



Mohon UPU lagi tapi naluri hati kata macam tak dapat sambung jer lepas STPM sebab result sangat menyedihkan maka saya diam-diam mohon untuk sambung Diploma, kiranya macam backup plan lah ni, mana tahu dengan keputusan Diploma dapatlah saya masuk Universiti. Alhamdullilah permohonan saya diterima, maka 3 tahun saya mejadi pelajar Diploma in English Communication di Kolej Profesional Mara. Dalam bulan 7 beberapa minggu setelah saya jadi pelajar Diploma keputusan UPU saya untuk sambung Degree amat mendukacitakan, dah agak dari awal memang tak akan dapat, memang benar kata hati dan saya masih lagi mengulangi kesilapan yang sama iaitu tidak membuat sebarang rayuan UPU. Ayah dan mama kata tak apa teruskan buat Diploma, mungkin rezeki saya lambat sikit berbanding orang lain, cubalah cari jalan lain, sebab dimana ada usaha disitu Allah Taala akan permudahkan perjalanan hidup kita



Saya diuji lagi, setelah 3 tahun jadi pelajar Diploma dan result keseluruhan CGPA 3.5 keatas namun keputusan UPU saya untuk sambung Degree dan masuk Universiti masih lagi mendukacitakan, tak tahu mana silapnya, tapi ketika itu saya tidak mahu mengulangi kesilapan saya kali ke-3 yang sama iaitu tidak membuat rayuan, kali ni saya membuat rayuan UPU, pilih Universiti jauh-jauh sikit, nak apply TESL keputusan Muet setakat band 3 sah-sah tak layak, jadi pilhan pertama rayuan saya setakat over the sea lah bukan oversea ya dan saya pilih kursus yang ada kaitan dengan kursus Diploma saya iaitu Ijazah Sarjana Muda Kajian Komunikasi, siap pakat dengan bff untuk mohon universiti yang sama dan kursus yang sama, kalau tak dapat satu kursus dapat satu universiti pon kira oklah sebab saya berharap bff saya sentiasa di samping saya sebab sepanjang buat Diploma kami sentiasa bersama di kolej, satu bilik, satu kelas, satu rumah sewa dan juga pernah tidur satu katil masa duduk dirumah sewa waktu sem akhir sebab rumah sewa sediakan katil saiz Queen kekekeke



2 bulan menanti keputusan rayuan UPU dan Alhamdullilah, permohonan rayuan saya untuk masuk ke Universiti IPTA diterima, dapat universiti pilihan pertama dalam rayuan, memang over the sea lah senang cerita, bila fikir-fikir balik, rancangan Allah Taala keatas percaturan hidup saya itu sangat cantik, bila buat Diploma saya ditemukan dengan cinta hati dan kawan sejati, kalau saya tak buat Diploma sudah pasti saya tidak akan bertemu dengan mereka berdua, bila sambung Degree walaupun intake rayuan saya dapat satu universiti malahan satu kursus dengan kawan sejati, ini bererti Allah Taala tak mahu biarkan saya pergi over the sea sorang-sorang, dihantar-Nya kawan sejati bersama agar saya tidak keseorangan, Allah Taala kenal lagi diri saya berbanding dengan saya sendiri, Allah Taala mahu kawan sejati saya menemani saya kerana hanya dia sahajalah yang boleh buat saya kuat dan berani sebab itulah untuk kemasukan first intake saya tak dapat sebab apa yang bff saya pilih untuk 8 pilihan dia itu tak sama dengan 8 pilihan saya, melalui permohonan rayuan sahajalah kami pilih universiti dan kursus yang sama sebagai pilihan utama dan impian dan harapan kami untuk sambung belajar di satu universiti yang sama, dapat satu course malahan inginkan untuk duduk satu bilik bersama pon tercapai jua, syukur Alhamdullilah ^_^



Umur saya 20 tahun baru dapat sambung Diploma, umur saya 23 baru dapat sambung Degree, tak apa bak kata ayah dan mama, mungkin jalan saya berliku sikit berbanding orang lain tapi In Shaa Allah saya masih lagi boleh berjaya seperti orang lain ^_^



Saya masih lagi mahu belajar, tapi ayah suruh kahwin dulu lah lepas grade sebab perempuan kahwin lambat-lambat tak bagus, nanti dah grade dapatkan kerja tetap sambunglah lagi belajar, ayah takut betul kalau saya lambat kahwin memandangkan kalau saya grade Degree ni umur pon dah 26 tahun, orait ayah, kahwin pon ayah dan mama nak sponser yeay! hantaran-hantaran mama dan ayah tak mahu, jadi kepada bakal suami sangat beruntuglah kamu muahahaha :P



Oleh itu, apa yang saya belajar atas apa yang telah berlaku selama ini ialah Allah Taala tidak akan membiarkan hamba-Nya begitu sahaja, akan ada yang lebih baik menanti di hadapan sana yang mungkin lebih indah dari apa kita harapkan selama ini, Terima Kasih Allah dan Syukur Alhamdullilah atas apa yang telah Kau berikan padaku, akhirnya saya berjaya menunaikan harapan mama dan ayah untuk melihat semua anak-anak menjejaki kaki ke menara gading *abang saya UUM, adik saya UMP, dan saya UNIMAS!* ^_^




I LOVE YOU BFF 
AND
MY FUTURE BRIDESMAID!!!!! 
3 years of friendship and still counting ^_^





kepada Cik Bff: marilah kita harungi onak dan liku di over the sea ini bersama! you are my bestie forever! muah muah muah! :3



kepada Encik Kesayangan: saya akan tunggu dan setia pada awak, lagipun ayah dah pesan masuk Universiti jangan pandang lain dah, niat untuk belajar bukan untuk cari pasangan sebab dalam hati dah ada awak ^_^







Comments

cik miera said…
Congrats dear :)

study leklok.. gud luck
Dayana Dy said…
Akak rayuan degree camane yek??? Saya x faham bole cita tak??? Tima kaseh...
Dayana Dy said…
Akak rayuan degree camane yek??? Saya x faham bole cita tak??? Tima kaseh...
Nurain Adliyana said…
Assalamualaikum, hi..
first of all i just wanna say thanks you so much for this inspiring entry.. haha.. yep.. i agree.. life orang tak sama.. and you start your diploma on the age of 20. so saya dah bnyak kali fikir and saya akan amik diploma next year in that case umur saya 20 tahun. so bila saya baca this blog it just inspire my to continue my life.. sebb saya keep fikir saya lmbat masuk u and kawan2 saya yang lain semua dah masuk u. so recently i've got an offer from kpm indera mahkota pahang for my diploma english communication. so saya nak tnya.. macam mana beljar dengan course tu? I really hope that you can reply this ASAP:) thanks again :) btw.. good luck in your study!

Popular posts from this blog

Pindah rumah

walaweyhhhh lama benar rasanya tak mengupdate blog sekarang ni hiwhiwhiw :P

memandangkan sebelum bulan 10 ini dah kena pindah ke Johor Bahru, maka oleh itu saya sekeluarga sekarang ini tengah sibuk mengangkut barang, mengemas rumah, menyusun sana sini dan buang mana yang tak perlu disimpan lagi

penat wooo angkut barang turun naik tangga dari tingkat 2 ke parking lot, kemudian angkut lagi barang dari dalam kereta masuk ke rumah di Johor Bahru tu, setiap minggu saya sekeluarga jadi The Hulk angkut itu ini, perabot-perabot yang berat macam almari kesayangan ayah, rak buku kesayangan ayah dan meja kesayangan ayah dah angkut awal-awal guna lori (ayah saya punya barang lagi banyak dari mama saya T^T), tinggal barang kecil-kecil je yang akan diangkut untuk setiap minggu dengan hanya menggunakan kereta sahaja




hati banyak lah senang apabila bilik saya bersama adik saya dicatkan dengan warna kegemaran saya. Warna Biru tu!!! arghh pengsannnnn. Walaupun adik saya minat warna merah jampu tapi dia…

Selepas 3 tahun kemudian....

After 3 years later in 2016, nothing change, I'm just still be me

Walaupun masih diri yang sama tapi sebenarnya banyak perkara disekeliling sudah berubah Nak cerita tapi masih juga mencari timing yang cun untuk diceritakan di blog yang serius dah lama tak datang jenguk ni, last post tahun 2013 uolssss heheheh

Setelah 3 tahun kemudian baru teringin nak datang jengah dan taip apa yang rasa nak taip sekarang ni Banyak nak cerita sebenarnya, satu  drama ke satu drama yang amat memualkan Kadang-kadang tertanya pada diri sendiri "Sampai bila zira?" 

Tengah final year di Sarawak, rasa sekejap je 3 tahun dah berlalu, teringat dulu masa mula-mula datang Sarawak, sanggup weyhh minta Sarawak dalam UPU demi nak sambung belajar, jauh pon jauh lah, alaaa Sarawak tu dalam Malaysia juga, apa yang nak dikalut sangat weyhh, best apa setiap kali cuti sem kau naik flight pergi dan balik muehhehe

Oklah malas nak taip panjang-panjang, sebab aku belum dalam mood nak cerita sepenuhnya, lagipon…